Accessibility Tools

Skip to main content

๐Ÿ๐Ÿ’ ๐Œ๐ž๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ (๐‘๐š๐›๐ฎ) - ๐‹๐š๐ฐ๐š๐ญ๐š๐ง ๐“๐ข๐ง๐ฃ๐š๐ฎ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ญ๐ฎ๐š ๐‰๐š๐ฃ๐š๐ก๐š๐ง ๐ค๐ž ๐๐ซ๐จ๐ฃ๐ž๐ค ๐Œ๐ข๐ง๐ข ๐‡๐ข๐๐ซ๐จ ๐’๐ฎ๐ง๐ ๐š๐ข ๐†๐š๐ฅ๐š๐ฌ, ๐Š๐ฎ๐š๐ฅ๐š ๐Š๐ซ๐š๐ข.

YABrs Ketua Jajahan Kuala Krai bersama rombongan pegawai dari Pejabat Tanah dan Jajahan Kuala Krai dan Majlis Daerah Dabong telah mengadakan satu lawatan tinjauan terhadap pembangunan projek mini hidro Sungai Galas, Dabong bertempat di 2 tapak projek iaitu Kemubu dan Serasa dengan di iringi oleh pegawai dari syarikat pemaju iaitu RP Hydro (Kelantan) Sdn Bhd.
Lawatan bertujuan mengenalpasti permasalahan dan isu-isu setempat yang berbangkit serta meninjau kemajuan pelaksanaan projek. Ketua Jajahan juga sempat mengadakan perbincangan bersama wakil penduduk setempat dengan disertai oleh pihak berkuasa tempatan, PDRM, Penggawa, pemimpin tempatan serta para pegawai daripada Pejabat Tanah dan Jajahan berkaitan aduan-aduan setempat dan isu-isu langsung yang terkait dengan masyarakat dalam pelaksanaan projek ini.
Projek yang menelan belanja 1.2 billion ini dijangka akan siap dan beroperasi sepenuhnya pada suku ketiga tahun 2027. Pembinaan projek mini hidro ini dilaksanakan di 3 lokasi iaitu Serasa, Kemubu dan Kuala Gris.
Projek ini yang menggunakan sumber aliran air semulajadi secara terkawal dijangka akan membekalkan sumber tenaga elektrik boleh baharu(Renewable Energy) sebanyak 85 MW kepada Grid Kebangsaan TNB.
Apabila siap sepenuhnya nanti kewujudan stesen mini hidro di 3 lokasi tersebut dijangka akan mewujudkan tarikan pelancongan baru untuk Daerah Dabong dan Kuala Krai umumnya.

Read more

Bayar Cukai Tanah Secara Online!

Bayar Cukai Tanah Secara Online:

 Layari https://hasiltanah.kelantan.gov.my untuk membuat pembayaran.

shtk

-Manual Pengguna

Read more

*Tiada Iklan Sebut Harga / Tender

SOAL SELIDIK
Adakah anda berpuas hati dengan maklumat yang dipaparkan dalam website ini?
Data Permohonan dan Penyelesaian Urusan Tanah di Pejabat Tanah dan Jajahan Seluruh Negeri Kelantan
KELGOV PPST

Dasar Polisi