Accessibility Tools

Skip to main content

๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐€๐ฆ๐š๐ง๐š๐ญ ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐๐š๐ก๐š๐ซ๐ฎ ๐๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ก๐ข๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ง๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐ฃ๐š๐ฐ๐š๐ญ ๐€๐ฐ๐š๐ฆ ๐๐ž๐ ๐ž๐ซ๐ข ๐Š๐ž๐ฅ๐š๐ง๐ญ๐š๐ง ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐Ž๐ฅ๐ž๐ก ๐˜๐€๐ ๐Œ๐ž๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐ข ๐๐ž๐ฌ๐š๐ซ ๐Š๐ž๐ฅ๐š๐ง๐ญ๐š๐ง

๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐€๐ฆ๐š๐ง๐š๐ญ ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐๐š๐ก๐š๐ซ๐ฎ ๐๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ก๐ข๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ง๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐ฃ๐š๐ฐ๐š๐ญ ๐€๐ฐ๐š๐ฆ ๐๐ž๐ ๐ž๐ซ๐ข ๐Š๐ž๐ฅ๐š๐ง๐ญ๐š๐ง ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐Ž๐ฅ๐ž๐ก ๐˜๐€๐ ๐Œ๐ž๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐ข ๐๐ž๐ฌ๐š๐ซ ๐Š๐ž๐ฅ๐š๐ง๐ญ๐š๐ง
08 Januari 2026 (KHAMIS) bersamaan 18 Rejab 1447H, Dewan Tok Guru Dato' Bentara Setia, Kota Darulnaim.
 
Amanat ini menzahirkan hala tuju pentadbiran negeri yang jelas, berfokus kepada keberhasilan, integriti dan kesejahteraan rakyat. Antara intipati utama amanat YAB Menteri Besar adalah seperti berikut:
 
1. PENJAWAT AWAM SEBAGAI TULANG BELAKANG KERAJAAN NEGERI
Penjawat awam ditegaskan sebagai tunjang pentadbiran negeri yang memikul amanah besar untuk melaksanakan dasar kerajaan dengan penuh komitmen, disiplin dan tanggungjawab.
 
2. TADBIR URUS BERTERASKAN MAQASID SYARIAH
Pentadbiran negeri digerakkan berasaskan keadilan, amanah dan syura dengan penekanan kepada integriti serta pemeliharaan kesejahteraan rakyat.
 
3. PENGUKUHAN EKONOMI DAN HASIL NEGERI
Pengurusan hasil negeri diperkukuh melalui tadbir urus yang cekap dan berintegriti bagi menjamin kestabilan kewangan dan kelangsungan pembangunan.
 
4. KELANTAN MENUJU BANDAR PINTAR
Tahun 2026 ditetapkan sebagai fasa pelaksanaan Bandar Pintar Negeri Kelantan dengan fokus kepada pendigitalan perkhidmatan yang lebih cekap dan telus.
 
5. PENGUKUHAN PERKHIDMATAN DAN SISTEM PENYAMPAIAN KERAJAAN
Perubahan budaya kerja dituntut ke arah pentadbiran yang lebih responsif dan berkesan dengan pengalaman rakyat sebagai ukuran kejayaan.
 
6. KELANTAN PRIHATIN DAN SEJAHTERA
Agenda kebajikan rakyat terus menjadi keutamaan melalui pendekatan penyantunan berterusan dan perhatian kepada golongan memerlukan.
 
7. PEMBANGUNAN INSAN, SUKAN DAN PELANCONGAN
Pembangunan insan berteraskan nilai Islam diperkukuh seiring pembangunan sukan dan pemerkasaan pelancongan sebagai pemacu kesejahteraan negeri.
 
8. DIPLOMASI NEGERI DAN PERSEKUTUAN โ€“MENJUNJUNG SEMANGAT FEDERALISME
Kerjasama erat antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan ditegaskan bagi memastikan pembangunan negeri dilaksanakan secara terselaras dan berkesan.
 
  • Hits: 31

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐‘๐€๐’๐Œ๐ˆ๐€๐ ๐๐„๐๐”๐“๐”๐ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐๐€๐Œ๐„๐‘๐€๐ ๐๐„๐๐‚๐„๐†๐€๐‡๐€๐ ๐‰๐„๐๐€๐˜๐€๐‡ ๐ƒ๐€๐ ๐–๐€๐‘๐ˆ๐’๐€๐ ๐๐”๐’๐€๐Š๐€ ๐‘๐€๐Š๐˜๐€๐“ ๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐ƒ๐ˆ๐’๐Š๐€๐”๐ ๐Ÿ•๐ŸŽ% ๐’๐€๐Œ๐€๐ ๐๐ƒ๐‘๐Œ

30 Disember 2025, bersamaan 09 Rejab 1447H (SELASA) | Dataran Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai
 
YABrs. Encik Shaifudeen Bin Md Salleh, Ketua Jajahan Kuala Krai telah menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Program Pameran Pencegahan Jenayah dan Warisan Pusaka Rakyat Sempena Diskaun 70% Saman PDRM.
Majlis anjuran pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) ini telah berlangsung di Dataran Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai. Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran YB Parlimen Kuala Krai, YB Adun Dabong, SU MDKK serta wakil jabatan agensi kerajaan di jajahan Kuala Krai.
 
Majlis telah diserikan lagi dengan pameran pencegahan jenayah serta pameran warisan pusaka rakyat kepada tetamu yang hadir. Berakhirnya majlis ini menandakan berakhirnya pemberian diskaun 70% saman PDRM yang telah bermula pada 01 November 2025 sehingga 30 Disember 2025.
 
  • Hits: 64
Data Permohonan dan Penyelesaian Urusan Tanah di Pejabat Tanah dan Jajahan Seluruh Negeri Kelantan
KELGOV PPST

Dasar Polisi