SEJARAH AWAL Jajahan Kuala Krai merupakan jajahan kedua terbesar di Negeri Kelantan selepas Jajahan Gua Musang. Jajahan ini juga adalah salah satu daripada jajahan yang tertua yang telah diwujudkan oleh pemerintah British pada tahun 1909. Ia merupakan salah satu daripada 10 jajahan pentadbiran negeri Kelantan. Ibu daerahnya ialah bandar Kuala Krai. Kuala Krai merupakan jajahan kedua terbesar di Kelantan selepas Gua Musang dengan keluasan 2,287.10 kilometer persegi. Terdapat tiga daerah utama dalam jajahan ini iaitu Batu Mengkebang, Olak Jeram dan Dabong. Jumlah mukim di Kuala Krai ialah 35. Kebanyakan penduduk di jajahan Kuala Krai mengusahakan tanaman getah. Jajahan ini bersempadan dengan Gua Musang di selatan, Jeli di barat, Tanah Merah di barat laut, negeri Terengganu di timur dan Machang di utara. Sebelum tahun 1977, Kuala Krai dikenali sebagai Ulu Kelantan dan merangkumi Gua Musang, Kuala Krai dan daerah Kuala Balah di selatan Jeli. Bandar Kuala Krai ketika itu bertindak sebagai ibu jajahan Ulu Kelantan. Kuala Krai ditadbir oleh Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan. Pihak berkuasa tempatan yang mentadbir jajahan ini iaitu Majlis Daerah Kuala Krai (bagi kawasan utara jajahan) dan Majlis Daerah Dabong (bagi kawasan selatan jajahan). Pusat Pentadbiran Jajahan pada mulanya terletak di Kg. Mengkebang, Jalan Batu Lada dan kemudian berpindah berhampiran Tangga Krai (Tangga Bradley) pada tahun 1927. Kini Pusat Pentadbiran Jajahan telah berpindah ke bangunan baru berpusat di kawasan Guchil pada 22 April 1985. Kuala Krai berkembang pesat setelah dibuka lebuhraya Kuala Krai-Gua Musang pada Ogos 1983 yang merupakan laluan jalan raya ke Kuala Lumpur dari Kota Bharu. Dua sungai utama iaitu Sungai Galas dan Sungai Lebir bertemu di Sungai Kelantan di bandar Kuala Krai. Terdapat stesen keretapi yang menghubungkan Tumpat ke Gua Musang.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
KEDUDUKAN GEOGRAFI Jajahan Kuala Krai mempunyai keluasan 2,329 km² atau 910 mi2 bersempadanan dengan Jajahan Machang di Utara dan Jajahan Gua Musang di Selatan. Manakala di sebelah Timur ia bersempadanan dengan Negeri Terengganu dan di Baratnya ialah Jajahan Jeli. Keluasan Jajahan Kuala Krai berbanding dengan Negeri Kelantan adalah sebagaimana berikut :- |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Bentuk mukabumi jajahan ini berbukit bukau di sebelah Timur, Barat dan Selatan serta pamah di sebelah Utara. Kedudukan tanah tinggi daripada aras laut kebanyakannya antara 153m - 305m. Manakala aras yang tertinggi ialah melebihi 915m iaitu sebelah bersempadan Jajahan Jeli. |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
DAERAH PENGGAWA Jajahan Kuala Krai mengandungi 3 buah daerah iaitu Daerah Olak Jeram, Daerah Batu Mengkebang dan Daerah Dabong. Terdapat 35 buah Mukim Penghulu dan 216 buah kampung. Maklumat adalah seperti berikut :- |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Terdapat dua Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis Daerah Kuala Krai Utara mentadbir kawasan seluas 12,494 hektar manakala Majlis Daerah Dabong merangkumi 162,128 hektar. Manakala bakinya ialah 60,611 hektar adalah di luar Pihak Berkuasa Tempatan. Pentadbiran Jajahan ditadbirkan melalui pecahan 3 Daerah dan Mukim Penghulu. Mukim Penghulu mengikut daerah adalah seperti beikut :- |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
KEPENDUDUKAN Jumlah penduduk Jajahan Kuala Krai mengikut bancian tahun 2004 ialah seramai 163,952 orang dan pecahan mengikut kaum dan unjuran adalah sepertimana berikut :-
|
SEJARAH PENUBUHAN
Latar Belakang
- Hits: 12636