Accessibility Tools

Skip to main content

Pengenalan Data Terbuka

Data terbuka merujuk data kerajaan yang boleh digunakan secara bebas, boleh dikongsikan dan digunakan semula oleh rakyat, agensi sektor awam atau swasta untuk sebarang tujuan. Ia berperanan sebagai penggerak dalam inisiatif kerajaan berpaksikan rakyat. Pelaksanaan data terbuka dapat meningkatkan kualiti dan ketelusan penyampaian perkhidmatan kerajaan menerusi perkongsian data yang tepat, cepat dan relevan. Di samping itu, ia juga dapat meningkatkan produktiviti dan ekonomi negara melalui industri/inovasi baharu dengan penglibatan rakyat dan komuniti perniagaan.

Portal Data Terbuka Sektor Awam (DTSA) iaitu data.gov.my telah dibangunkan pada tahun 2014 dan telah mendapat penarafan Data Terbuka pada peringkat antarabangsa pada kedudukan ke-41 daripada 86 negara. Portal DTSA memudahkan data terbuka kerajaan diakses secara berpusat daripada sumber yang rasmi.

Maklumat lanjut mengenai Pelaksanaan Data Terbuka Sektor Awam boleh dirujuk melalui pekeliling berikut:
Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2015 - Pelaksanaan Data Terbuka Sektor Awam
    

  • Hits: 8952

Notis Hakcipta

Hakcipta laman web Pejabat Tanah Dan Jajahan Kuala Krai dan kandungannya yang termasuk maklumat, teks, imej, grafik, fail suara, fail video dan susunannya serta bahan-bahannya ialah kepunyaan Pejabat Tanah Dan Jajahan Kuala Krai kecuali dinyatakan sebaliknya.

Tiada mana-mana bahagian laman web ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada Pejabat Tanah Dan Jajahan Kuala Krai.

  • Hits: 5221

Penafian

Pejabat Tanah Dan Jajahan Kuala Krai dan Kerajaan Malaysia tidak akan bertanggung jawab ke atas sebarang kehilangan atau kemusnahan yang terjadi akibat penggunaan maklumat daripada laman web ini.

Bahasa Lain

Sila ambil perhatian bahawa Laman Web Rasmi Pejabat Tanah Dan Jajahan Kuala Krai tidak menggunakan sebarang perisian pengalihbahasaan secara automatik oleh komputer. Pejabat Tanah Dan Jajahan Kuala Krai tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau salah maklumat yang mungkin terjadi daripada kandungan yang telah dialih bahasa menggunakan perisian pengalihbahasaan secara automatik. Kandungan rasmi hanya pada laman asal yakni dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

  • Hits: 5440

Lebih banyak artikel..

Data Permohonan dan Penyelesaian Urusan Tanah di Pejabat Tanah dan Jajahan Seluruh Negeri Kelantan
KELGOV PPST

Dasar Kerajaan