Pemantauan Naziran
**Aktiviti
- Hits: 7010
Accessibility Tools
**Aktiviti
Dasar e-Penyertaan ini bertujuan untuk memulakan budaya dan amalan e-penyertaan demi meningkatkan ketelusan dan penyertaan awam dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan Pejabat Tanah Dan Jajahan Kuala Krai (PTJKK).
PTJKK sentiasa mengiktiraf penglibatan awam bagi membolehkan Jabatan untuk meneroka perspektif yang lebih luas, sumber maklumat, dan penyelesaian yang berpotensi untuk meningkatkan keputusan dan perkhidmatan. Ia juga menyediakan asas bagi hubungan produktif, dialog dan perbincangan yang lebih baik, dan tadbir urus yang teratur.
Objektif e-Penyertaan adalah untuk melibatkan rakyat dalam dasar pembangunan dan proses membuat keputusan melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi.
Oleh yang demikian, PTJKK amat mengalu-alukan penyertaan dengan mematuhi terma dan syarat penyertaan yang telah ditetapkan seperti berikut:
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, Laman Web Rasmi Pejabat Tanah dan Jajahan Kuala Krai ini dapat dibangunkan dan menjadi medium utama dalam menyalurkan maklumat yang terkini kepada orang ramai serta jabatan-jabatan kerajaan dengan pantas hanya di hujung jari sahaja.
Saya berharap supaya laman web ini menjadi satu wadah maklumat yang tepat dari masa ke semasa bagi memenuhi kehendak semua pengguna. Maklumat yang berkualiti mempengaruhi kepuasan pelanggan adalah dimensi tindakbalas yang berkesan antara penjawat awam dan pelanggan.
Semoga Laman Web Pejabat Tanah Dan Jajahan Kuala Krai akan mendapat penarafan 5 bintang dalam penilaian laman web/portal oleh pihak MAMPU. Sehubungan itu juga, sasaran untuk peningkatan hasil jajahan akan menjadi keutamaan kepada kami untuk menjadi antara jajahan yang terbaik dalam kutipan hasil pada tahun ini.
Kesimpulannya, laman web yang dibangunkan ini akan menjadi satu medium perhubungan antara kakitangan pejabat ini dan orang awam dalam menyalurkan maklumat-maklumat yang terkini dan sahih supaya kemudahan dalam mendapatkan maklumat lebih memudahkan pengguna dengan matlamat mengoptimumkan kemudahan teknologi di hujung jari.
Sekian,wassalam
(KETUA JAJAHAN KUALA KRAI)