ms Malay en English
Previous Next

Majlis Penyampaian Sumbangan Mangsa Banjir

04 Rejab 1442H / 08 Mac 2021M.
Prihatin dengan nasib mangsa banjir yang menimpa rakyat Negeri Kelantan pada Januari yang lepas, YTM Tengku Mahkota Kelantan hari ini berkenan menyampaikan kurniaan sumbangan daripada pihak Sunway Group. Bertempat di Istana Kota Lama, Kota Bharu, kurniaan yang berupa barangan keperluan asas harian telah disampaikan kepada YABrs. Ketua Jajahan Kuala Krai dan YABrs. Ketua Jajahan Tanah Merah sebagai wakil kepada mangsa banjir di jajahan masing-masing untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa yang terlibat.
Hadir sama ialah YB. Dato’ Kaya Setia Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, YM. Dato’ Tengku Kaya Perkasa, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (Pembangunan), YDH. Datuk Ketua Polis Kelantan, Wakil daripada Sunway Group, YABrs. Pengarah Pembangunan Negeri, Wakil Bulan Sabit Merah Negeri Kelantan serta Pegawai-pegawai Pejabat Sultan Kelantan.
 
kredit: unitmedia pskn
  • Kemaskini Terakhir: Isnin 04 Disember 2023.
© Hakcipta Terpelihara (2019) Pejabat Tanah Dan Jajahan Kuala Krai
Data Permohonan dan Penyelesaian Urusan Tanah di Pejabat Tanah dan Jajahan Seluruh Negeri Kelantan
KELGOV PPST

Dasar Polisi