SEJARAH AWAL
Jajahan Kuala Krai merupakan jajahan kedua terbesar di Negeri Kelantan selepas Jajahan Gua Musang.  Jajahan ini juga adalah salah satu daripada jajahan yang tertua yang telah diwujudkan oleh pemerintah British pada tahun 1909.

Namum Jajahan Kuala Krai dikenali secara rasminya pada 01 September 1977 dimana sebelum itu dikenali Jajahan Ulu Kelantan yang merangkumi seluruh Jajahan Gua Musang dan Daerah Kuala Balah di Jajahan Jeli.

Pusat Pentadbiran Jajahan pada mulanya terletak di Kg. Mengkebang, Jalan Batu Lada dan kemudian berpindah berhampiran Tangga Krai (Tangga Bradley) pada tahun 1927. Kini Pusat Pentadbiran Jajahan telah berpindah ke bangunan baru berpusat di kawasan Guchil pada 22 April 1985.

 
KEDUDUKAN GEOGRAFI
Jajahan Kuala Krai mempunyai keluasan 2,329 km persegi atau 910 batu persegi bersempadanan dengan Jajahan Machang di Utara dan Jajahan Gua Musang di Selatan.  Manakala di sebelah Timur ia bersempadanan dengan Negeri Terengganu dan di Baratnya ialah Jajahan Jeli.

Keluasan Jajahan Kuala Krai berbanding dengan Negeri Kelantan adalah sebagaimana berikut :-
  Keluasan
Kelantan 1,492,200Hek/14,922km2
Kuala Krai 222,500Hek/2,329km2
Sumber:  UPEN  
 
Bentuk mukabumi jajahan ini berbukit bukau di sebelah Timur, Barat dan Selatan serta pamah di sebelah Utara.  Kedudukan tanah tinggi daripada aras laut kebanyakannya antara 153m - 305m.  Manakala aras yang tertinggi  ialah melebihi 915m iaitu sebelah bersempadan Jajahan Jeli.

Ketinggian mengikut keluasan adalah sepertimana berikut :-

Ketinggian

Keluasan(Hek)

Kurang 150 192,189
151 - 130 14,250
306 - 915 23,250
Lebih 916 6,000
Sumber:  Laporan Pelan Struktur.
 
DAERAH PENGGAWA
Jajahan Kuala Krai mengandungi 3 buah daerah iaitu Daerah  Olak Jeram, Daerah Batu Mengkebang dan Daerah Dabong.  Terdapat 35 buah Mukim Penghulu dan 216 buah kampung.  Maklumat  adalah seperti berikut :-
Bil Daerah Luas
(KM2)
%
Keluasan
Bil.
Mukim
Bil.
Kampong
1 Dabong 844.5 36.3 5 27
2 Olak Jeraam 757.6 32.5 10 67
3 Batu Mengkebang 726.9 31.2 20 122

JUMLAH

2329.0 100.0 35 216
 

Terdapat dua Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis Daerah Kuala Krai Utara mentadbir kawasan seluas 12,494 hektar manakala Majlis Daerah Dabong merangkumi 162,128 hektar.  Manakala bakinya ialah 60,611 hektar adalah di luar Pihak Berkuasa Tempatan.

Pentadbiran Jajahan ditadbirkan melalui pecahan 3 Daerah dan Mukim Penghulu. Mukim Penghulu mengikut daerah adalah seperti beikut :-

DAERAH
BATU MENGKEBANG
DAERAH
OLAK JERAM
DAERAH
DABONG

1)   Mukim Batu Balai
2)   Mukim Batu Jong
3)   Mukim Batu Lada
4)   Mukim Bedal
5)   Mukim Chenulang
6)   Mukim Enggong
7)   Mukim Guchil
8)   Mukim Kenor
9)   Mukim Sungai Durian
10) Mukim Keroh
11) Mukim Mengkebang
12) Mukim Kuala Nal
13) Mukim Kuala Pertang
14) Mukim Mambong
15) Mukim Pahi Barat
16) Mukim Pasir Kelang
17) Mukim Sri Kenangan
18) Mukim Telekong
19) Mukim Temalir
20) Mukim Tualang

1)  Mukim Chuchoh Puteri
2)  Mukim Gajah Barat
3)  Mukim Gajah Timur
4)  Mukim Lata Rek
5)  Mukim Manek Urai Selatan
6)  Mukim Manek Urai Utara
7)  Mukim Manjor Selatan
8)  Mukim Manjor Utara
9)  Mukim Peria
10) Mukim Sungai Sam

1) Mukim Kandek
2) Mukim Kuala Gris
3) Mukim Pergau
4) Mukim Kuala Stong
5) Mukim Serasa

 
KEPENDUDUKAN
Jumlah penduduk Jajahan Kuala Krai mengikut bancian tahun 2004 ialah seamai 163,952 orang dan pecahan mengikut kaum dan unjuran adalah sepertimana berikut :-
Kaum 1990 % 1995 % 2000 % 2004 %
1. Melayu 92,916 91.4 110,246 90.9 130,810 90.9 149,018 90.8
2. Cina 5,685 5.6 7,282 6.0 8,657 6.0 9,862 6.0
3. India 2,650 2.6 3,364 2.7 3,990 2.8 4,545 2.7
4. Lain-Lain 354 0.4 121,339 0.4 463 0.3 527 0.3
Jumlah: 101,605   121,339   143,920   163,952  

Sumber: (*) Unjuran atas kadar pertumbuhan 3.48% setahun
(**) Maklumat daripada UPEN Kelantan.