MAJLIS PERASMIAN MASJID DARUL FALAH, MUKIM SUNGAI MEL

Majlis Perasmian Masjid Darul Falah Mukim Sungai Mel telah diadakan pada 9 Mac 2020M bersamaan 14 Rejab 1441H. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YBM Tengku Tan Sri Dato' Haji Mohamad Rizam Bin Tengku Abdul Aziz (Tengku Temenggong Kelantan). Disamping itu, YBM Tengku Temenggong telah mengurniakan zakat kepada 30 orang miskin di Mukim tersebut.