Back

 

MENU

 Pengenalan
 Kemajuan
 Limau Madu
 Ternakan Lembu
 Galeri

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 ( PROJEK D'RAJA 2 )
TERNAKAN LEMBU SECARA "FEEDLOT" KG. ENGGONG

 

Projek D'Raja 2 Jajahan Kuala Krai disempurnakan pelancarannya oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan Kelantan pada 19 Mac 2007

Ladang ternakan ini melibatkan kawasan seluas 85 ekar di atas rizab ragutan bertempat di Kampong Enggong Mukim Chenulang, Kuala Krai.

 

 

INFO SEMASA

 
 

Lembu-Lembu ditimbang untuk proses dijual

 

PENANAMAN RUMPUT BEKALAN MAKANAN TERNAKAN
Sehingga awal Julai ini, seluas 43 ekar dari tapak projek ini telah ditanam dengan rumput. Terdapat dua jenis rumput yang ditanam di sini iaitu jenis napier seluas 30 ekar dan jenis rumput minyak seluas 13 ekar. Rumput-rumput ini sebahagiannya telah sedia untuk dipotong untuk makanan lembu. Ia dapat menambah berat dengan lebih cepat disamping dapat mengurangkan kebergantungan makanan lembu terdapat pellet.

 

Rumput Minyak

Rumput Napier

 

PENANAMAN PISANG
Sebanyak 4000 pokok pisang telah di tanam di dalam kawasan Projek D'Raja 2 sebagai aktiviti sampingan untuk menambah pendapatan peserta. Anak benih pisang ini  beserta baja dibekalkan oleh RISDA Jajahan Kuala Krai. Terdapat tiga jenis pisang yang telah ditanam di kawasan projek D'Raja 2 ini iaitu Berangan, Nangka dan Kebatu.

Anak benih pisang dari jenis
berangan sedia ditanam

Sebahagian pokok pisang
yang telah ditanam

 
PENANAMAN NANGKA
Sebanyak 450 anak pokok nangka dari jenis "Tekam Yellow" telah dibekalkan oleh Jabatan Pertanian Negeri Kelantan. Penanaman nangka ini adlaah atas saranan DYMM Raja Perempuan Kelantan sendiri ketika lawatan ke Tapak Projek D'Raja 2 pada 19 Mac 2007.

KURSUS PENANAMAN NANGKA
Satu kursus penanaman nangka telah diadakan pada 14 Jun 2007 di Tapak Projek D'Raja 2, Kampung Enggong bagi memberi pendedahan kepada petani dan orang ramai.
 

Para peserta kursus diberi tunjuk
ajar secara praktikal cara-cara
penanamamn nangka

Anak Nangka ditanam ditapak
yang betul

 
MAJLIS SOLAT HAJAT
Satu majlis solat hajat telah diadakan pada 7 Jun 2007 di tapak cadangan mendirikan bangunan berek peserta Projek D'Raja 2. Projek ini adalah atas ehsan dan titah DYMM Raja Perempuan Kelantan sendiri bagi memberi kemudahan kepada para peserta.
 

YABrs. Ketua Jajahan Kuala Krai
(tiga dari kanan) beserta para
jemaah sedang kusyuk
menunaikan solat hajat.

Antara para jemaah

 
 

PENAFIAN: Kerajaan Negeri Kelantan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan
maklumat dalam laman ini