 |
PENDAHULUAN
Projek
ini merupakan projek sosioekonomi berasaskan ilham dan
inspirasi oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan Kelantan,
ke
arah mempertingkatkan taraf hidup rakyat miskin. Ianya merupakan
projek yang diterapkan menerusi pengembelingan dan eksploitasi
bersepadu sumber-sumber sedia ada oleh agensi-agensi berkaitan
yang terlibat, meliputi aspek pengurusan, kewangan, tenaga serta
persekitaran semulajadi yang sedia ada
Kuala
Krai mempunyai dua Projek DiRaja ia itu Projek D'Raja 1, Tanaman
Limau Madu di RPT KESEDAR Chenulang dan Projek D'Raja 2, Ternakan
Lembu secara "Feedlot" ini bertempat di Kampung Enggong, Mukim
Chenulang.
VISI
Merealisasikan ilham dan hasrat
Duli Yang Maha Mulia Raja
Perempuan Kelantan
untuk membantu meningkatkan taraf hidup
rakyat khususnya golongan miskin, agar dapat keluar daripada
kitaran kemiskinan menerusi projek Tanaman Limau Madu di bawah
Agensi KESEDAR manakala projek sampingan Ternakan Lembu di bawah
Jabatan Veterinar Jajahan Kuala Krai dengan dibantu dan dipandu
oleh khidmat
agensi-agensi berkaitan
PELANCARAN
Perlancaran
Projek D'Raja Jajahan Kuala Krai telah disempurnakan pelancarannya
oleh Duli Yang Maha Muli Raja Perempuan Kelantan :-
i) Projek D'Raja 1 (Tanaman Limau Madu)
Pada 8 Syaaban 1423H bersamaan 15 Oktober
2003.
ii) Projek D'Raja 2 (Ternakan Lembu Secara Feedlot)
Pada 19 Mac 2007 |