ms Malay en English

Sukaneka Puspanita Cawangan Jajahan Kuala Krai telah diadakan pada 7 Ogos 2019 bertempat di Gelanggang Tenis Kediaman Rasmi Ketua Jajahan Kuala Krai. Program tersebut telah dirasmikan oleh YABrs. Dr. Hj. Nik Mohd Azlan Bin Abd Hadi Ketua Jajahan Kuala Krai merangkap Penaung Puspanita Kuala Krai.  

Program DO masuk kampung telah berlangsung pada 13 Mac 2019 bertempat di Kampung Bahagia, Kuala Krai. Program tersebut turut disertai oleh Puspanita Cawangan Jajahan Kuala Krai.